MAKLUMAT
AM KEJOHANAN BADMINTON MSSD KOTA BELUD 2015
SYARAT-SYARAT
DAN PERATURAN PERTANDINGAN
1.
Undang-Undang Pertandingan
- Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-undang Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dan peraturan Am MSSM.
2. Had
Umur Peserta
- Lelaki 18, 15 dan 12 tahun ke bawah.
- Perempuan 18, 15, dan 12 tahun ke bawah.
3.
Kategori Pertandingan
- Perseorangan Lelaki ( 2 peserta )
- Perseorangan Perempuan ( 2 peserta)
- Bergu Lelaki ( 2 peserta)
- Bergu Perempuan (2 peserta )
4.
Pendaftaran Pemain
- Setiap sekolah/zon hanya dibenarkan mendaftar 2 orang pemain sahaja bagi setiap kategori.
- Kad pengenalan dan sijil lahir asal hendaklah dibawa bersama senasa pertandingan.
- Semua borang pendaftaran hendaklah disahkan oleh Pengetua atau Guru Besar atau Penolong Kanan (RO1 dan MO1).
- Angka giliran SPM, PMR, atau UPSR hendaklah diisi dan dilengkapkan dalam borang tersebut.
- Semua pemain dikehendaki melaporkan diri kepada Referi kehormat 15 minit sebelum sesuatu perlawanan dimulakan.
5. Sistem Pertandingan
- Pertandingan ini dijalankan secara Kalah Mati.
- Pengiraan mata akan mengguna pakai format 21 mata secara penuh (Best of Three Games)
- Keutamaan pemain / ‘seeding’ akan digubal oleh jawatan kuasa penganjur. Lihat Lampiran.
6. Pakaian
- Pemain dibenarkan memakai baju T sebarang jenis warna atau baju T sekolah serta seluar sebarang jenis warna yang tidak keterlaluan.
- Pemain-pemain beragama Islam dibenarkan memakai seluar trek berwarna gelap.
7. Ketetapan Mata
- Semua perlawanan adalah mengikut jadual pertandingan yang ditetapkan kecuali setelah dimaklumkan oleh Refri atau Pihak penganjur.
- Selepas pengumuman, pemain hendaklah melapor diri kepada pengadil di gelanggang berkenaan. Pemain yang gagal melapor diri dalam masa 5 minit akan dikira kalah dan kemenangan percuma diberi kepada pihak lawan.
8. Menerima Nasihat Jurulatih
- Pemain boleh menerima nasihat jurulatih semasa pertukaran petak gelanggang tetapi tidak dibenarkan semasa rally, tertakluk kepada Undang-undang BWF.
9. Pengadil/ Hakim Garis
- Keputusan pengadil adalah muktamad. Seseorang pemain hanya boleh merayu kepada Refri kejohanan ke atas undang-undang sahaja.
- Semua sekolah/zon wajib menyediakan dua orang pengadil.
- Keputusan pengadil boleh mengatasi hakim garis sekiranya pasti keputusannya betul.
10. Penangguhan Perlawanan
- Penangguhan perlawanan tidak dibenarkan kecuali diputuskan oleh Refri Kejohanan dan pihak Penganjur.
11. Gelanggang dan Peralatan
- Mengikut Undang-Undang Persekutuan badminton Antarabangsa (BWF)
- Jenama bulu tangkis yang akan digunakan ialah RSL 1.
12.
Bantahan/Juri Rayuan/Lembaga Tatatertib
- Sekiranya ada bantahan bertulis, hendaklah menggunakan format surat rasmi kepada Pengerusi Juri Rayuan dan disertakan dengan wang tunai sebanyak RM300.00 sebagai pertaruhan, tidak lewat daripada 30 minit setelah tamat sesuatu perlawanan. Sekiranya bantahan tersebut ditolak atau tidak munasabah wang pertaruhan tidak akan dikembalikan.
12. Yuran Kejohanan
- Semua sekolah/Zon diwajibkan membayar yuran sebanyak RM 50 untuk satu kategori bersama-sama dengan 2 tube shuttlecock berjenama RSL 1.
12. Pindaan dan Hak Jawatankuasa Pengelola
- Semua peraturan yang dinyatakan di atas mesti dipatuhi.
- Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan BWF dan MSSM akan diputuskan oleh Refri kejohanan dan Jawatankuasa Penganjur MSSD dan keputusan ini adalah muktamad.
No comments:
Post a Comment